Assalamualaikum & Salam Sejahtera
semua
Terdedah kepada sinaran UV atau
cahaya matahari terik dalam tempoh yang panjang adalah antara punca terjadiya
masalah kulit wajah termasuk kanser kulit. Perkara ini didedahkan oleh Pakar
Estetik dan Kecantikan, Dr. Hatun Deleila Azrai dalam Majlis Kempen Kesedaran
“Sayangi Kulit Wajah Anda” anjuran Ephyra.
Antara masalah kulit yang timbul
termasuklah jeragat, tompok hitam atau ‘melasma’ yang menyebabkan wanita kurang
berkeyakinan diri untuk berjumpa orang ramai. Seawal usia 20-an, wanita
berisiko untuk berdepan dengan masalah kulit wajah. Jeragat terutamanya, bukan sahaja mencacatkan
penampilan seseorang malahan tanpa pengawalan dan rawatan yang betul ia boleh
menjadi masalah serius.
“Kajian menunjukkan 80-90% wanita
Asia mengalami masalah jeragat akibat sinaran UV. Sinaran UV dari matahari yang
berlebihan menghasilkan melanin yang banyak. Melanin diperlukan oleh kulit
untuk melindungi sel daripada rosak. Namun, sekiranya penghasilan melanin
berlebihan, ia akan menyebabkan tompok hitam terjadi dan tidak terkawal.”
Kempen kesedaran “Sayangi Kulit Wajah
Anda!” yang dianjurkan Ephyra memberi kesedaran kepada wanita untuk menjaga dan
menghargai kulit wajah mereka dalam cabaran cuaca hari ini.
Pengarah Urusan & Pengasas Ephyra
; Pn. Amiza Amiruddin memberitahu Ephyra kini menambah dua lagi produk
penjagaan wajah iaitu Serum Ephyra Skin Nano Advanced
Repair & Pelembap Muka Ephyra Skin Snow Advanced White Repair.
Disamping ‘killer product’ mereka iaitu sabun pencuci muka Ephyra Skin Bar.
Serum yang berteknologi Nano &
dipatenkan di Switzerland ini bertekstur ringan dengan bahan asasnya adalah
air. Manakala pelembap muka dengan teknologo Geno-White pula sangat mudah
menyerap dan langsung tidak melekit atau berminyak apabila digunakan.
Ia dirumuskan khas dan difokuskan
kepada masalah kulit wanita Asia seperti jeragat, jerawat, parut jerawat, kulit
kendur dan kulit kusam. Formulasi semulajadi yang hebat digunakan dengan
kandungan bahan antioksida seperti Glutathione, Vitamin C dan Vitamin E yang
diekstrak dari sumber buah-buahan.
Duta Ephyra, Memey Suhaiza & Norman Hakim
pun turut berkongsi pengalaman mereka menggunakan produk Ephyra setelah hamper
4 tahun. Malahan apa yang menarik Ephyra yang terkini telah menerima Anugerah
Asia Pacific Super Health Brand 2015-2017. Anugerah ini memberikan kredibiliti
dan keyakinan pengguna tentang kualiti produk tempatan seperti Ephyra.
Semalam, baru je terima parcel Ephyra
Skin Care Series. Tak sabar nak cuba dan rasa sendiri keberkesanan produk
terbaik dari Ephyra ni. Tambahan pula nak Hari Raya kan, semua nak berseri-seri
& nampak cantik. Tunggu review dari saya ye!
Untuk konsultasi dan maklumat lanjut
mengenai produk Ephyra hubungi –
Facebook : www.facebook.com/oceanlife2u
Instagram : www.instagram.com/ephyra2u
Hotline : 019-3999 238 / 03-4141 7889
Thanks for reading!
Till then,
♥
Facebook Page | Instagram | Twitter | YouTube
bagus kempen ni
ReplyDelete