LIFESTYLE | Food Review : Mee Bandung & Braised Chicken Rice, 2 Menu Terbaru PappaRich


Hello hello!

Hari ni I nak share menu terbaru dari PappaRich, Mee Bandung dan Braised Chicken Rice! Dulu masa kerja dengan my sister, kitorang selalu lunch di PappaRich sebab dekat dengan office dan harga di PappaRich memang affordable. Kiranya kalau hari-hari makan kat PappaRich pun tak terasa sangat la poket tu kering. *hehehe* Lagi satu, selalunya bila makan di PappaRich  everytime order makanan, rasa mesti sama, tak pernah dapat yang kurang sedap. Maknanya PappaRich jaga kualiti makanan yang disajikan untuk pelanggan. Minggu lepas singgah PappaRich di Scott Garden sebab nak cuba menu terbaru. Wow, layout kedai dah lain daripada yang biasa. Konsep interior moden dan up-to-date, best untuk lepak dengan kawan dan famili. 


Pernah makan Mee Bandung tak? Mee Bandung tu lebih kurang rasa macam mee udang tapi kuahnya lagi pekat. Mee Udang pun ada dalam menu dalam PappaRich  tapi rasanya berbeza dari segi tekstur kuah. Mee Bandung ni lebih kurang versi mee udang melayu sebab ramuan yang di gunakan memang based on malay-style cooking. 



Kalau nak tahu, Mee Bandung ni berasal daripada negeri Johor, tapi Mee Bandung PappaRich ada keistimewaan tersendiri. Kuah Mee Bandung ni resepi rahsia PappaRich, kuahnya pekat, ada rasa pedas and manis. Mee Bandung PappaRich diperasakan lagi dengan udang, telur rebus, fishcakes, salad, taugeh dan sawi. Siapa yang suka makan mee, memang korang patut cuba Mee Bandung ni sebab kuah dia pekat, rasa seimbang dan memang sedap makan bersama mee kuning. 



Menu kedua pula Braised Chicken Rice, di mana paha ayam yang digoreng sedikit dan kemudian ditumis dengan kuah ayam istimewa. Nasi ayam ini juga dihidangkan bersama sawi Hong Kong dan telur hiris. Cara paling best nak enjoy nasi ayam ni, gaul semua yang ada dalam mangkuk so korang bole enjoy every bit of the component dalam satu suapan. Serius, sedap sangat! 


Ayam tu cukup rasa, nasi ayam tu wangi and sawi Hong Kong tu memberi elemen rangup dalam hidangan. Braised Chicken Rice ni memang wajib cuba! PappaRich ada dua lagi menu nasi ayam iaitu Steamed Chicken Rice dan Fried Chicken Rice, jadi kalau nak try Braised Chicken Rice ni pastikan nanti order betul-betul okay? :)


Masa makan tu, order sekali PappaRich Stevia White Coffee yang rasa lemak and manis! Stevia ialah pengganti gula yang bercirikan semula jadi dan 0 kalori, memang sesuai untuk sesiapa yang menjaga kesihatan. Minum Stevia White Coffee bersama dua hidangan terbaru PappaRich memang syok! :D 



Kedua-dua menu akan mula disajikan pada 27 April 2017 (cawangan terpilih) dan 22 May 2017 (seluruh negara). Jangan lupa singgah PappaRich untuk enjoy menu terbaru! :) 



Untuk maklumat lanjut mengenai PappaRich, sila kunjungi :
Instagram :  @papparich.my







Thanks for reading!









CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Instagram

Follow Us